Friday, October 24, 2008

Ammar Albab

Kebelakangan nie Ammar Qusyairi suka sangat main pintu. Kalau ada pintu yang hampir tertutup, dia akan tolak pintu itu supaya terbuka. Kalau pintu itu terbuka luas, dia akan tolak pintu supaya tertutup rapat. Kalau pintu tertutup rapat, dia menangis suruh buka pintu.

Mama terus teringat cerita Ahmad Albab yang suka menangis, hinggalah datuknya ketuk pintu baru dia diam.

Ayah panggil Ammar Qusyairi - Ammar Albab - sebab suka main pintu.

Sunday, October 5, 2008

Dah mula nak berdiri

Ammar Qusyairi, alhamdulillah, dah beransur sembuh dari demam. Kata orang tua-tua, budak-budak demam sebab nak boleh buat sesuatu. Mungkin ada kebenarannya, wallahu'alam.

Tapi yang pasti, sekarang nie, Qusyairi dah mula berdiri dan mula lepas-lepas tangan. Mungkin tak lama lagi, Qusyairi akan dapat berdiri sendiri, dan lepas itu mula berjalan.

Thursday, October 2, 2008

Demam raya

Tahun ini ialah tahun kedua Ammar Qusyairi menyambut Aidilfitri. Tahun lepas, Qusyairi sambut 1 Syawal pada usia 25 hari. Tahun ini, Qusyairi sambut Aidilfitri pada usia 1 tahun 2 minggu.

Macam manapun, Qusyairi sambut Hari Raya tahun ini dalam keadaan demam, selesema dan batuk. Qusyairi mula tak sihat pada hari Isnin sebab terjangkit dari abang. Keadaan Qusyairi pada 1 Syawal agak teruk sebab dia mula meragam sikit dan susah nak jerap bila tidur. Mujur ada ubat. Apapun, Hari Raya kedua, klinik pakar kanak-kanak dekat rumah Tok Abah dah dibuka, jadi Qusyairi dibawa untuk jumpa doktor.

Nampaknya raya tahun nie, Qusyairi beraya dengan ubat-ubatan. Harap Qusyairi cepat sembuh.