Thursday, December 17, 2009

Pose comel #2

Satu lagi pose comel Ammar Qusyairi.

Wednesday, December 16, 2009

Pose comel #1

Nothing much to update. Saja letakkan pose comel Ammar Qusyairi. More to come, insya-Allah.

Friday, December 11, 2009

Adik ke Zoo Negara

Ammar Qusyairi yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai "Adik" sekarang nampak seronok sangat semasa dibawa ke Zoo Negara baru-baru ini. Qusyairi nampak teruja dengan haiwan-haiwan besar terutamanya gajah dan zirafah. Tetapi haiwan-haiwan lain, Qusyairi nampak tak hairan sangat. Mungkin Qusyairi masih muda untuk faham.

Bagaimanapun, nampak keceriaan Qusyairi semasa di Zoo Negara. Qusyairi banyak memerhatikan keletah dan telatah kanak-kanak lain yang berkunjun ke situ. Semasa menyaksikan pertunjukan haiwan, Qusyairi lebih memberikan tumpuan kepada sorakan kanak-kanak lain berbanding melihat pertunjukan tersebut.

Apa pun, insya-Allah jika ada kelapangan, ayah akan bawa Qusyairi ke Zoo Negara lagi.

Friday, September 25, 2009

Sudah 2 tahun

Tanggal 17 September baru-baru ini, Ammar Qusyairi mencecah usia dua tahun.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kedua, Ammar Qusyairi!

Sunday, July 26, 2009

Cakap terbalik

Sekarang nie, vocab Ammar Qusyairi dah semakin banyak. Cumanya bila dia bercakap, susunan perkataannya adakalanya terbalik.

Misalnya:
Ayah balik. Qusyairi cakap, "Lik yah" (balik ayah).
Makan ubat. Qusyairi cakap, "Bat kan" (ubat makan).
Air masak. Qusyairi cakap, "Cak yaq" (masak air) - dalam loghat utara.

Sunday, July 19, 2009

Lari frame

Kata mama, susah nak ambil gambar Ammar Qusyairi sekarang nie. Sebabnya bila tekan saja butang flash, dia akan mula bergerak dan berlari. Akhirnya gambar yang diambil sama ada setengah sahaja ataupun tak masuk frame seperti yang dikehendaki.

Tuesday, June 30, 2009

Qusyairi and his basketful of dinosaurs

Pasti ramai yang pernah mendengar rancangan kartun dengan tajuk "Harry and His Bucketful of Dinosaurs". Itu satu rancangan yang menjadi tontonan Ammar Qusyairi dan abangnya.

Qusyairi pun ada koleksi dinosaurnya tersendiri yang disimpan di dalam sebuah raga. Ayah ada ambil gambar koleksi dinosaur dalam raga ini. Sebab itu ayah gelarkan koleksi ini sebagai "Qusyairi and his basketful of dinosaurs".

Tuesday, May 5, 2009

Lama tak update

Lama sungguh tak update blog nie. Sepanjang tak update, banyak perkembangan berlaku. Sekarang ini usia Ammar Qusyairi sudah menghampiri 1 tahun 8 bulan. Semakin banyak keletah Ammar Qusyairi yang boleh dilihat. Murah dengan senyum, manis bila senyum, suka mengusik abang, takut dengan orang luar, cepat merajuk dan manja --- itu antara karekternya. Insya-Allah, blog ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekerap mungkin.

Sunday, January 11, 2009

Trick adik ke atas abang

Memang nampak banyak perbezaan antara perangai abang dengan adik. Suka sangat Ammar Qusyairi mengusik dan mengenakan abangnya.

Misalnya, kalau Qusyairi nak ambil mainan abang, memang abang tak akan bagi. Trick yang dibuat oleh Qusyairi ialah dia akan mengalihkan perhatian abangnya terlebih dahulu. Biasanya dia akan tutup tv yang ditonton oleh abang. Bila abang marah-marah dan bangun untuk pasang semula tv tersebut, Qusyairi akan cepat-cepat bergerak ke arah mainan yang dikehendakinya lalu dicapainya dengan pantas sebelum membawa lari mainan tersebut.

Umur baru nak masuk setahun empat bulan, tapi otak boleh tahan juga ya?