Tuesday, June 30, 2009

Qusyairi and his basketful of dinosaurs

Pasti ramai yang pernah mendengar rancangan kartun dengan tajuk "Harry and His Bucketful of Dinosaurs". Itu satu rancangan yang menjadi tontonan Ammar Qusyairi dan abangnya.

Qusyairi pun ada koleksi dinosaurnya tersendiri yang disimpan di dalam sebuah raga. Ayah ada ambil gambar koleksi dinosaur dalam raga ini. Sebab itu ayah gelarkan koleksi ini sebagai "Qusyairi and his basketful of dinosaurs".

Tuesday, May 5, 2009

Lama tak update

Lama sungguh tak update blog nie. Sepanjang tak update, banyak perkembangan berlaku. Sekarang ini usia Ammar Qusyairi sudah menghampiri 1 tahun 8 bulan. Semakin banyak keletah Ammar Qusyairi yang boleh dilihat. Murah dengan senyum, manis bila senyum, suka mengusik abang, takut dengan orang luar, cepat merajuk dan manja --- itu antara karekternya. Insya-Allah, blog ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekerap mungkin.

Sunday, January 11, 2009

Trick adik ke atas abang

Memang nampak banyak perbezaan antara perangai abang dengan adik. Suka sangat Ammar Qusyairi mengusik dan mengenakan abangnya.

Misalnya, kalau Qusyairi nak ambil mainan abang, memang abang tak akan bagi. Trick yang dibuat oleh Qusyairi ialah dia akan mengalihkan perhatian abangnya terlebih dahulu. Biasanya dia akan tutup tv yang ditonton oleh abang. Bila abang marah-marah dan bangun untuk pasang semula tv tersebut, Qusyairi akan cepat-cepat bergerak ke arah mainan yang dikehendakinya lalu dicapainya dengan pantas sebelum membawa lari mainan tersebut.

Umur baru nak masuk setahun empat bulan, tapi otak boleh tahan juga ya?

Friday, December 26, 2008

Happy feet

Baru-baru ini mama ada belikan VCD "Happy Feet" untuk abang Husaini. Ammar Qusyairi seperti biasa akan tengok babak-babak yang dirasanya menarik. Antara babak yang menarik perhatian Qusyairi ialah semasa watak utama kisah ini iaitu Mumble menari-nari.

Qusyairi memang cepat tangkap apa yang dilihatnya. Tak lama selepas itu, dia pun mula menari-nari macam Mumble. Bila tengok susuk tubuh Qusyairi pun, ada ala ala Mumble. Hehehe...

Alahai, cutenya.

Monday, November 24, 2008

Dah boleh berjalan

Alhamdulillah, Ammar Qusyairi dah mula berjalan beberapa hari lepas. Walaupun ada masanya, langkah Qusyairi belum stabil, dia dah boleh menapak dari satu tempat ke satu tempat dengan agak yakin. Nampaknya lepas ini, senang sikitlah bila keluar bawa Qusyairi. Setidak-tidaknya bila berjalan tu, boleh pimpin tangan Qusyairi tanpa perlu dukung.

Gambar diceduk tanpa izin dari blog Khala Liyana

Lagi satu, Qusyairi pun dah konfiden masa naik basikal tiga roda. Cuma belum cekap mengayuh jer lagi. Kayuh dengan kaki tu takde masalah.

Saturday, November 8, 2008

Update demam campak

Demam panas yang disebabkan demam campak dah berkurang, alhamdulillah.

Cuma Ammar Qusyairi tak selesa bila tidur di sebelah malam. Selalu terjaga, mungkin sebab gatal dan panas.

Tapi yang pasti, Qusyairi tetap lasak seperti biasa!

Tuesday, November 4, 2008

Demam campak

Ammar Qusyairi sedang demam campak sekarang ini. Dua tiga hari lepas, dia mula rasa tak selesa. Ingatkan asalnya sebab cuaca panas sebelah malam. Rupanya, Qusyairi kena demam campak. Sekurang-kurangnya, demam campak tu dah mula turun ke kaki. Dan harapnya, dia cepat sembuh.